skip to main |
skip to sidebar

RANCANGAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 4
RANCANGAN TAHUNAN BAHASA MELAYU TAHUN 4
**Artikel dipetik dari iluvislam
.
Video Makro Pengajaran

Hasil Nukilan
Saiful Bahri
pada jam
10:15
0
komen
Label:
video
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
RANCANGAN TAHUNAN BM TAHUN 4
بسم الله الرحمن الرحيم
RANCANGAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 4
RANCANGAN TAHUNAN BAHASA MELAYU TAHUN 4

Wordless Wednesday
Hasil Nukilan
Saiful Bahri
pada jam
07:25
0
komen
Label:
WW
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
Entri Sisipan - Petua Menjadi Pelajar Cemerlang
بسم الله الرحمن الرحيم
Anda inginkan petua-petua untuk menjadi pelajar cemerlang walau di mana sahaja anda berada? Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.
01. Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]
Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.
02. Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati
"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]
Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.
03. Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.
"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]
Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan. Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum. Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran. Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.
04. Prihatin sesama kita
"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]
Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.
05. Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan
"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7]
Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda. Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.
06. Jujur, amanah
" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."[23:8]
Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana? Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."
07. Tepati waktu
"dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]
Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.
Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.
" Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya." [23:10,11]
" ....Maka di antara manusia ada yang berdoa: 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia.' Dan tiadalah baginya bahagian di akhirat."[2:200]
"Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka." [2:201]
"Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitungannya." [2:202]
**Artikel dipetik dari iluvislam
Hasil Nukilan
Saiful Bahri
pada jam
00:21
0
komen
Label:
iluvislam,
Tips Peperiksaan
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
Wordless Wednesday
Hasil Nukilan
Saiful Bahri
pada jam
07:22
0
komen
Label:
WW
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
Meperkasakan Bahasa Melayu
بسم الله الرحمن الرحيم
Memperkasa Bahasa Melayu sebagai jati diri nasional.
Oleh: Dr. Aminuddin Mansor, Phd. (UKM)
Memperkasakan bahasa Melayu mestilah dilakukan di peringkat akar umbi. Bermula dari Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) atau Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) rasa cinta terhadap bahasa iaitu bahasa Melayu mestilah diterapkan dalam hati dan sanubari mereka.
Usaha boleh dilakukan melalui pelbagai aktiviti seperti menyanyikan lagu-lagu dalam bahasa Melayu, membaca kuat dalam bahasa Melayu, bertutur dan bersyarah dalam bahasa Melayu. Pada masa kini kebanyakan TASKA dan TADIKA menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama.
Bahasa Melayu mestilah diberi keutamaan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa pengantar dan bahasa ilmu sejak di awal persekolahan lagi. Kajian pakar-pakar psikologi menjelaskan kecintaan bahasa dan minat terhadap bahasa mestilah bermula dengan penyerapan rasa cinta dan melaksanakan penggunaannya dengan lebih berkesan.
Menurut Profesor Dr. Teo Kok Seong, Felo Penyelidik Utama, Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menegaskan pemilihan hanya satu bahasa untuk membentuk jati diri nasional, walaupun di dalam Negara yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik yang diamalkan di merata tempat, baik di Asia mahu di Barat memang terbukti kejayaannya. Dalam konteks ini, penggunaan bahasa Melayu yang didapati amat berkesan untuk menonjolkan jati diri nasional, bukan sahaja perlu diteruskan malah ia perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa supaya keutuhan bentuk dan amalan berbahasa Melayu dapat sentiasa dipelihara.
Penonjolan jati diri nasional dapat dilakukan melalui bahan-bahan seperti pantun, syair, gurindam, seloka, simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan, kata-kata hikmat juga diterapkan kepada pelajar di peringkat yang lebih awal. Apabila rasa kecintaan ini timbul mereka akan menerima bahasa itu sebagai bahasa yang dicintai dan digunakan dalam kehidupan seharian.
Pada masa kini, bahasa Melayu dipelajari hanya bertujuan untuk lulus peperiksaan sama ada peperiksaan biasa di sekolah ataupun peperiksaan utama seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Rasa cinta dan usaha ingin memperkasa bahasa tidak diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran(P&P) di sekolah.
Pelbagai kegiatan bahasa boleh dilakukan di sekolah bagi memperkasa bahasa dan mencintainya seperti menyanyi lagu-lagu dalam bahasa Melayu, bersyarah, mendeklamasikan sajak, bersyair, berpantun, berpidato, ujian lisan, berbahas, memberi ucapan semasa perhimpunan, bercerita, perbincangan, membuat ulasan buku, membaca berita, berdialog dan mewawancara dalam bahasa Melayu.
Pada masa kini, terdapat hampir 300 juta pengguna bahasa Melayu di seluruh dunia. Bilangan pengguna ini boleh ditambah lagi dengan bilangan pengguna muda yang bermula di peringkat TADIKA, TASKA, sekolah rendah, sekolah menengah dan peringkat universiti.
Namun yang paling penting, setiap pengguna mestilah ada rasa cinta yang mendalam terhadap bahasa Melayu, sentiasa mempraktikkannya dalam kehidupan seharian, meningkatkan penggunaannya dalam bidang ilmu dan menulis buku dalam pelbagai bidang ilmu dalam bahasa Melayu.
Jika dahulu bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa lingua franca atau bahasa perantaraan umum dan bahasa antarabangsa. Pada masa kini bahasa Melayu seharusnya dimantapkan dan diperkasa sebagai bahasa ilmu, bahasa komunikasi, bahasa di internet dan juga menguasai langit terbuka.
Semua pencinta bahasa tidak harus lupa dan alpa mengangkat martabat bahasa Melayu sebagai bahasa terpenting di negara ini dan seterusnya di dunia. Kemampuan tinggi Bahasa Melayu tidak perlu dipertikaikan lagi. Pemaparan bahasa Melayu di papan-papan iklan mestilah diutamakan selain bahasa lain.
Sebenarnya kemelut Bahasa Melayu ini banyak berpunca daripada sikap tidak sungguh-sungguh dalam kalangan kita. Jangan salahkan sesiapa jika bahasa Melayu dipinggirkan. Sejarah telah meletakkan bahasa Melayu bahasa terpenting di rantau ini, hanya kita yang perlu memperkasakan pada setiap masa dan ketika.
Dalam hal ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan, rakyat seharusnya lebih yakin menggunakan bahasa Melayu yang kini antara bahasa paling unggul digunakan di serata dunia. Dari segi jumlah penggunaan bahasa di seluruh negara, bahasa kebangsaan adalah jauh lebih kerap digunakan berbanding bahasa-bahasa lain.
Penerbitan buku-buku ilmiah dalam bahasa Melayu mesti diperhebat dari semasa ke semasa. Penggunaannya mestilah meluas di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti serta kepada orang awam. Kegemilangan bahasa Melayu akan kembali bersinar apabila semua pihak berusaha memartabatkan.
Lantaran itu, Datuk Seri Mohemed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi, menegaskan kementerian mewajibkan pelajar asing mempelajari bahasa Melayu dengan betul supaya mereka mudah untuk berkomunikasi dengan penduduk tempatan, sekali gus dapat mengembangkan penggunaan bahasa itu di negara mereka. Selain itu, kita juga perlu ikon akademik bagi mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu.
Sesungguhnya, usaha memperkasakan bahasa Melayu adalah menjadi tugas semua rakyat Malaysia. Melalui penggunaan yang betul dalam percakapan dan penulisan bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu berdaya maju.
Hasil Nukilan
Saiful Bahri
pada jam
06:38
0
komen
Label:
Memperkasakan Bahasa Melayu
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
Isu Bahasa
بسم الله الرحمن الرحيم
Pelaksanaan PPSMI dilihat gagal beri manfaat kepada pelajar, terutama di luar bandar
USAHA menggerakkan pelaksanaan program memperkasakan Bahasa Malaysia dan Inggeris pada semua peringkat sekolah seperti kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, baru-baru ini adalah selaras dengan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang akan dilaksanakan mulai 2012 bagi menggantikan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Memartabatkan bahasa Melayu bermaksud mengembalikan kedudukan bahasa itu sebagai bahasa pengantar di sekolah kebangsaan. Memperkasa bahasa Inggeris pula bermaksud usaha mempertingkat penguasaan bahasa itu melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan supaya pelajar benar-benar dapat menguasainya dengan baik.
Pengumuman pemansuhan PPSMI dan dasar MBMMBI dibuat selepas kerajaan mengkaji dan meneliti pelbagai aspek membabitkan keberkesanan pelaksanaan dasar itu. Kerajaan juga mengambil kira pelbagai pandangan cendekiawan serta pandangan umum mengenai pro dan kontra pelaksanaan PPSMI yang dilaksanakan sejak 2003.
Contoh, tokoh bahasa yang juga bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dr Hassan Ahmad, menyatakan PPSMI boleh melemahkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Menurutnya, sebelum ini pelbagai bidang ilmu ditumpukan dalam bahasa Melayu termasuk dalam bidang sains dan matematik.
Bahasa Melayu juga pernah digunakan dengan meluas di pusat pengajian tinggi sehinggakan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjadi sebuah universiti yang sepenuhnya menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Keunggulan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dibuktikan UKM apabila melahirkan ramai siswazah dalam bidang perubatan dan pelbagai bidang lain. Golongan profesional yang dilahirkan oleh UKM dengan pengantar bahasa Melayu turut mahir berbahasa Inggeris.
Peranan DBP yang menterjemahkan banyak buku dalam pelbagai bidang ilmu, termasuk menerbit pelbagai jenis kamus, peristilahan dan buku glosari dalam semua bidang pengajian berjaya mengangkat keupayaan dan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
Menurut kajian Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), pelaksanaan PPSMI didapati menjarakkan lagi jurang pencapaian sains dan matematik antara pelajar bandar dan luar bandar. Masih ramai guru PPSMI tidak menguasai bahasa Inggeris. Kebanyakan murid pula menunjukkan sikap pasif dan kurang ceria apabila kelas Sains dan Matematik berlangsung.
Majoriti murid, terutama di luar bandar takut bertanya soalan kerana tidak memahami pelajaran yang diajar. Hampir 50 peratus murid didapati tidak faham bahasa Inggeris. Kajian itu juga mendapati lebih 80 peratus murid Melayu sukar memahami pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Justeru, PPSMI dilihat gagal memberi manfaat kepada pelajar, khususnya di luar bandar.
Dalam melaksanakan dasar MBMMBI, Kementerian Pelajaran perlu mengambil beberapa langkah secara teliti dan terancang. Misalnya, untuk menyediakan buku teks dalam bahasa Melayu bagi kedua-dua mata pelajaran terbabit memerlukan jangka masa tertentu. Ini termasuk melantik panel penulis, penyediaan isi kandungan, panggilan tender dan akhirnya proses mencetak. Saya kira proses ini sudah pun berjalan kerana selepas berakhir 2011 nanti maka dasar baru itu akan dilaksanakan.
Kita juga perlu faham selain mengembalikan pengajaran Sains dan Matematik kepada bahasa Melayu, pada masa sama kerajaan mahu memperkukuhkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Seperti disarankan pakar bahasa bahawa untuk memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar, aspek pedagogi pengajaran dan pembelajaran bahasa itu perlu dipertingkatkan.
Oleh itu, kementerian perlu merancang pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris dengan berkesan. Justeru, kemampuan melahirkan guru bahasa Inggeris berkualiti amat penting supaya pengajaran dan pembelajaran bahasa itu menjadi lebih berkesan, menarik dan bersifat pembelajaran yang menyeronokkan.
Langkah kerajaan mengambil lebih ramai guru bahasa Inggeris dari luar negara adalah usaha mengatasi masalah kepakaran guru dalam bahasa Inggeris. Saya yakin ia langkah sementara sebelum negara dapat melahirkan lebih ramai guru yang mahir dan pakar dalam pengajaran bahasa Inggeris.
Kerajaan juga boleh mempertimbangkan pengambilan guru bahasa Inggeris yang sudah bersara tetapi masih mampu mengajar dengan berkesan. Guru berpencen yang diambil semula ini perlu memiliki kesihatan yang baik dan didedahkan dengan teknik pembelajaran bahasa Inggeris yang terkini.
Selain itu, penambahan peruntukan masa mengajar bahasa Inggeris di sekolah rendah dan menengah serta Tingkatan Enam dan Matrikulasi, akan dapat memantapkan lagi penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar.
Langkah menjadikan makmal komputer di kebanyakan sekolah sebagai makmal bahasa pula akan dapat memantapkan dasar MBMMBI. Justeru, sekolah yang belum mempunyai kemudahan komputer, perlulah kerajaan segera menyediakannya.
Kesimpulan, dasar MBMMBI mampu mengembalikan semula kedudukan bahasa Melayu dalam pendidikan negara. Pada masa sama, dapat memperkasa penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar.

**Artikel dipetik dari - Berita Harian 11/12/2010
Wordless Wednesday
بسم الله الرحمن الرحيم

Hasil Nukilan
Saiful Bahri
pada jam
07:18
0
komen
Label:
WW
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
Enti Sisipan - Cemerlang Dalam Peperiksaan
بسم الله الرحمن الرحيم
Setiap pelajar inginkan apa yang dipelajari itu akan mendatangkan kesan. Belajar secara berkesan bukanlah dikira jumlah jam belajar atau berapa banyak perkara yang dapat dihafal. Belajar secara berkesan perlulah mengandungi 3 komponen ini:-
- Mengulangkaji:
Kebiasaannya apabila menyebut perkataan ulangkaji ramai pelajar menganggapkan tindakan yang perlu dilakukan hanyalah terhad pada pembacaan sahaja. Tindakan mengulangkaji sebenarnya dapat dilakukan dengan beberapa cara termasuk menyemak semula apa yang telah dipelajari, memahami konsep, menghafal formula atau istilah yang penting, menganalisis isi-isi penting atau mengenal pasti kelemahan dan kekeliruan yang dihadapi serta mencatat semula isi-isi tersebut dalam bentuk nota ringkas, peta minda, peta konsep atau pengurusan grafik.
- Membuat rujukan:
Membuat rujukan bahan tambahan, bertanya dengan guru atau berbincang dengan rakan adalah amat penting dalam proses mengulangkaji. Rujukan boleh dilakukan melalui bahan cetak seperti buku rujukan, akhbar dan majalah. Pendidikan Utusan adalah merupakan satu contoh yang baik sebagai bahan untuk pelajar-pelajar membuat rujukan. Rujukan juga boleh dibuat melalui laman web seperti Portal Pendidikan Utusan (www.tutor.com.my) yang secara khusus memberi maklumat tentang mata pelajaran utama peperiksaan awam.Rujukan juga boleh dibuat melalui laman web yang mengandungi maklumat yang boleh dicari melalui agen pencari maklumat (contoh: www.google.com)
- Membuat latihan:
Latihan boleh dilakukan dalam bentuk latih tubi, kuiz, soal jawab atau menganalisis soalan-soalan tahun lalu serta merangka jawapannya. Ketiga-tiga komponen di atas perlulah diintegrasikan agar proses belajar dapat dialami secara lebih berkesan tanpa berasa bosan, tertekan atau mengantuk
**Sumber artikel dari iluvislam
.
Hasil Nukilan
Saiful Bahri
pada jam
00:12
0
komen
Label:
iluvislam,
Tips Peperiksaan
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
RANCANGAN HARIAN BM TAHUN 4
Rancangan harian bahasa melayu
View more documents from Saya Menang Moto
RANCANGAN TAHUNAN BM TAHUN 4
Rancangan pelajaran-bm4
View more presentations from Saya Menang Moto
Kalendar Hijrah
Demi Masa
Asmaul Husna
Falsafah Pendidikan Negara
“Pendidikan Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memeperkembangkan lagi potensi individu secara menyeleruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mancapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran negara.”
About Me
Followers
Blog Archive
Powered by Blogger.
Labels
- Bahasa Melayu (1)
- Guru (1)
- iluvislam (3)
- Isu Bahasa (1)
- Memperkasakan Bahasa Melayu (2)
- pembelajaran dan pengajaran (1)
- Rancangan Tahunan Bahasa Melayu Tahun 4 (1)
- Sukatan Pelajaran (1)
- teknik belajar berkesan (2)
- Tips Peperiksaan (2)
- video (1)
- WW (3)